Friday, November 13, 2009

Jururawat diperdaya hantar gambar bogel

GOLD COAST - Seorang jururawat di Australia tertipu setelah beberapa gambar bogelnya diperolehi oleh rakan sekerjanya iaitu seorang jururadiografi, Jordan David Hennig yang menyamar sebagai seorang pencari bakat, lapor sebuah akhbar semalam.

Jururadiografi itu menyamar menggunakan identiti palsu dengan menggunakan gambar seorang aktres filem lucah.

Hennig, 24, dihadapkan di sebuah mahkamah majistret di sini kelmarin berhubung beberapa dakwaan menipu kerana mencipta kempen pengiklanan palsu di Internet untuk memperdaya mangsa, Belinda Fitzgerald yang bercita-cita untuk menjadi seorang aktres.


BELINDA


Lelaki itu dipercayai sudah lama tertarik dengan Belinda.

Dalam laporan yang diserahkan kepada Majistret George Wilkie, polis mendakwa Hennig menghantar e-mel kepada mangsa dengan menggunakan nama Megan Jones, seorang pencari bakat dari agensi Starnow.


HENNIG


Lelaki berkenaan kemudian memujuk wanita itu supaya menghantar beberapa gambar bogelnya untuk memperoleh kontrak model sebuah perniagaan produk kesihatan dan kecantikan.

Dia kemudian memperdayakan mangsa dengan menyatakan bahawa syarikat itu jatuh muflis tetapi terus meminta gambar bogel mangsa kononnya untuk kegunaan pada masa depan.

Belinda mengetahui dia ditipu lelaki tersebut apabila mendapati komputer Hennig memiliki sambungan laman web Megan Jones.

Kesnya akan dibicara semula pada 19 November depan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: