|
|
MARILYN tumpang simpati dengan nasib pelakon muda dan berbakat besar, Wan Sharmila yang dikatakan telah bercerai dengan suaminya, seorang penerbit drama.
Bagaimanapun, teman-teman Marilyn yang cuba menghubunginya untuk mendapatkan pengesahan status terbarunya itu hampa kerana Wan Sharmila lebih suka berdiam diri daripada memberi sebarang penjelasan.
Apabila tidak dapat sebarang berita melalui telefon maka teman Marilyn bergegas hadir ke sidang media Anugerah Skrin di Hotel Sunway baru-baru ini semata-mata mahu berjumpa dengan Wan Sharmila pada majlis itu memandangkan dia terlibat dalam acara pembukaan.
Bagaimanapun, sekali lagi teman Marilyn kecewa kerana selesai sahaja majlis pembukaan, Wan Sharmila dikatakan terus cabut lari seolah-olah dengan alasan sudah terlambat ke lokasi penggambaran.
Marilyn sendiri tak tahu kenapalah agaknya Wan Sharmila melarikan diri seperti ternampak hantu. Bukannya apa, teman-teman Marilyn hanya mahu dapatkan penjelasan daripada mulutnya saja.
Agaknya dia belum bersedia nak buat sebarang kenyataan kepada pihak media. Nampaknya kita kena tunggu sajalah sebelum Wan Syarmila punya keberanian nak buka mulut sambil menjawab soalan-soalan panas daripada kami.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: