PUTRAJAYA - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) akan membuka tempahan untuk kenderaan pelbagai guna (MPV) pertamanya mulai 13 November ini di semua cawangannya di seluruh negara.
Pengarah Urusannya, Datuk Syed Abdull Hafiz Abu Bakar (gambar) berkata, kenderaan dengan kod nama D46T akan ditawarkan pada harga permulaan di antara RM56,000 sehingga RM65,000 dan disasarkan kepada golongan keluarga bersaiz kecil termasuk golongan bujang di kawasan bandar.
"D46T ini merupakan MPV yang memenuhi gaya hidup masa kini dan separuh daripada sasaran pasaran kami ditumpukan kepada golongan bujang bandar.
"Segmen MPV sedang berkembang dan sebenarnya ada permintaan yang tinggi untuk sesuatu yang besar (kenderaan) dan ini berdasarkan kajian yang dijalankan oleh kami," katanya kepada pemberita pada sidang media sempena uji pandu kenderaan tersebut di sini semalam.
MPV Perodua itu dijangka dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 23 November ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: