KUALA LUMPUR - Maybank Islamic Bank Berhad (Maybank Islamic) menerima anugerah Most Outstanding Islamic Bank daripada Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur 2009 (KLIFF) baru- baru ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kemenangan ini akan menjadi pemangkin bagi pihaknya untuk terus berusaha dengan lebih gigih dalam mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju dalam perbankan Islam di Malaysia dan negara serantau.
Anugerah itu disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dalam satu majlis bersempena persidangan KLIFF ke-6 yang diadakan di sini baru-baru ini.
Tahun lalu menerusi KLIFF, bank itu juga memenangi anugerah Most Outstanding Islamic Retail Banking.
Anugerah KLIFF diberikan kepada individu atau institusi sebagai mengiktiraf penghargaan serta usaha mereka dalam membangunkan industri kewangan Islam.
Di bawah KLIFF, ia juga melibatkan anugerah beberapa kategori bagi institusi kewangan Islamik tempatan dan juga antarabangsa.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: