|
|
PANTAS masa berlalu. diam tak diam tanggal 24 November ini merupakan tahun kedua stesen Sinar FM beroperasi secara rasmi di seluruh negara.
Sempena ulang tahun tersebut, hadiah buat para pendengar setia mereka, stesen yang cukup popular dengan tagline Muzik Terbaik Tanpa Henti itu bakal bersiaran seharian antara pukul 8 pagi hingga 8 malam bersama tetamu jemputan yang juga selebriti terkenal tanah air.
Rumah terbuka konti Suria FM itu bakal mengetengahkan pelbagai topik menarik serta menampilkan para selebriti yang hadir sebagai DJ jemputan.
Antara selebriti yang dijangka memeriahkan sambutan ulang tahun Suria FM itu ialah Ning Baizura, Dayang Nurfaizah, Stacy, Diana Danille, Aizat, Ifa Raziah, Azharina, Siti Saedah, Noh (Hujan), Azlan & The Typewriter, Sofaz, Sixth Sense, Ameng Spring, Siti Nordiama, Grey Sky Morning, Coda dan ramai lagi.
Stesen yang baru sahaja menerima tenaga baru, Yusry Abu Samah sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif di stesen berkenaan juga turut mengadakan mini showcase khas yang bakal berlangsung di lobi Bangunan Am Assurance, No 1, Jalan Lumut, Kuala Lumpur bermula pukul 12 tengah hari hingga 2.30 petang.
Persembahan secara percuma ini menampilkan artis popular tanah air serta penampilan khas kumpulan muzik dari seberang, Wali Band yang kini popular dengan lagu Cari Jodoh.
Menariknya, orang ramai yang hadir menyaksikan mini showcase tersebut akan dihadiahkan cup cake istimewa selain berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik dan lumayan.
Barisan penyampai Suria FM iaitu Tuah, Zizi, Myra, Bob Ringgo, Naim, Zaff, Akhtar dan Lin akan turut bersama memeriahkan acara tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: