KOTA BHARU - "I don't want to go back to KL. What i've been through is hard to me to forget. Ask for forgiveness? Not. That not what i'm thinking off.''
(Saya tak mahu balik ke KL. Apa yang telah saya alami memang sukar untuk dilupakan. Nak minta maaf? Tidak. Itu bukan apa yang saya fikirkan)
Itulah pendirian Manohara Odelia Pinot, 21, dalam Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang dihantarnya kepada wartawan Kosmo! kelmarin apabila ditanya sama ada dia mahu memohon maaf dan berbaik-baik semula dengan suaminya yang juga putera ketiga Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra.
Manohara tetap bertegas mempertahankan diri meskipun kalah dalam kes saman fitnah oleh suaminya berjumlah RM105 juta selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 November lalu memutuskan penghakiman ingkar terhadapnya gara-gara gagal melantik peguam baru.
Namun model dari Indonesia itu mendakwa sudah menemui peguam baru untuk mewakilinya.
"Saya terima keputusan mahkamah di Kuala Lumpur dan kini sudah ada peguam baru yang benar-benar layak, perbincangan sudah dibuat dan saya jangka kita akan ketahui perkara ini sedikit masa lagi,'' jelasnya dalam SMS itu lagi.
Bagaimanapun, Manohara menolak desas-desus mengenai kehadirannya di Malaysia sebaliknya menyerahkan proses rayuan tersebut kepada peguam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: