Filem kontroversi ini bakal menyerikan lagi industri perfileman negara. Walaupun tidak berjaya membuka mata saya sebagai peminat industri perfileman negara, namun keberanian untuk mengenengahkan filem seperti ini harus dipuji. Jalang mengisahkan Maria (Yasmin Khanif), perunding kanan sebuah syarikat antarabangsa milik Tan Sri Jamaudi (Redzuan Hashim) yang menjadikan tubuhnya sebagai barang dagangan demi mendapatkan projek-projek besar dalam dan luar negara.
Maria terperangkap dengan cinta lamanya, Ikram (Helmi Husaini) yang merupakan anak kepada Datuk Nahu (Kuswadinata), orang perantara yang menjadi jambatan kepada kehidupan tidak bermoralnya. Dalam masa yang sama, sahabat baik Maria, Benjamin Adam (Hairee Othman) turut menyimpan perasaan cinta walaupun tahu segala kegiatan tidak bermoral Maria.
Puan Sri Serina (Maria Farida) mengesyaki hubungan sulit suaminya dengan Maria telah mengupah Ali Topan (Yank Kasim) untuk membongkar hubungan tersebut di khalayak ramai. Saksikan kesudahan filem penuh kontroversi ini di pawagam bermula 26 November 2009.
Filem arahan Nazir Jamaluddin ini penuh dengan adegan nafsu, seks, kerakusan, kecurangan dan kejalangan ini dapat diklasifikasikan sekadar boleh tahan. Lakonan pelakon baru, Yasmin Khanif juga tidak berjaya memikat hati penonton dengan aksi kaku dan kurang emosi.
Mungkin ini adalah filem pertama yang diterbitkan oleh DeBaron Sdn. Bhd. Namun unsur-unsur keterlaluan yang ditonjolkan dalam filem ini bukanlah batu loncatan untuk memperkenalkan sebuah produksi baru dan juga pelakon baru dalam industri kita. Apa-apa pun komentar yang diberikan, sokonglah industri perfileman negara. |
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: