Friday, November 13, 2009

Hukum mati hadiah pada Ayu


KERATAN Kosmo!


KLANG - "Keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap pembunuh Ayu (Norzi Ayu) boleh dianggap sebagai hadiah hari jadi buat arwah kerana hari ini (semalam) adalah ulang tahun kelahirannya."

Demikian kata Md. Noor Dahari, 58, bapa Allahyarham Norzi Ayu yang dibunuh kekasih sendiri ketika ditemui di rumahnya di Taman Maznah di sini semalam.

Menurut Md. Noor, secara kebetulan keputusan yang dijatuhkan terhadap Irawadi Mohamad, 29, diketahui sehari sebelum hari ulang tahun kelahiran Norzi Ayu yang genap 33 tahun semalam.

"Mungkin itu hadiah paling bermakna buat arwah anak saya kerana pembunuhnya telah menerima hukuman yang setimpal," katanya, seorang pesara eksekutif di Northport, Pelabuhan Klang.

Md. Noor memberitahu, biarpun luka menerima kenyataan bahawa anak kesayangannya menemui ajal akibat dibunuh seorang pemuda yang dikenalinya, dia reda dengan pemergian Norzi Ayu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: