Saturday, November 28, 2009

Robbie sarung cincin tunang dalam konti




SYDNEY - Bintang pop yang sebelum ini terkenal sebagai seorang kasanova, Robbie Williams membuat kejutan dengan melamar kekasihnya, Ayda Field secara langsung menerusi stesen radio Australia, lapor sebuah akhbar semalam.

Williams, 35, yang juga bekas anggota kumpulan pop Take That, muncul dalam program bual bicara pagi Jackie O di stesen radio 2DayFM di sini minggu ini untuk mempromosi album terbarunya, Reality Killed the Video Star.

Penyanyi yang popular dengan lagu Better Man itu kemudian memanggil Field, 30, untuk duduk bersamanya di dalam konti studio sebelum hos program tersebut, Jackie O bertanya sama ada dia mempunyai berita baik untuk dikongsi dengan peminatnya.

"Adakah sesiapa yang bertakhta di hati awak, Sudikah awak menjadi isteri saya?", soal Williams.

Secara spontan, Field yang menjadi teman wanita Williams sejak dua tahun lalu menjawab 'ya', sebelum penyanyi itu menyarungkan cincin pertunangan ke jarinya.

Susulan lamaran tersebut, stesen radio berkenaan menerima banyak panggilan peminat yang ingin mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.

Sebelum ini, Williams pernah mendedahkan kepada media bahawa dia amat menyintai Field dan teman wanitanya itu bersedia untuk menjadi seorang ibu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: