Saturday, November 28, 2009

Miley Cyrus suka pakai baju murah




LOS ANGELES - Tidak ramai yang tahu Miley Cyrus (gambar) sebenarnya suka memakai blaus murah berharga AS$12 (RM40) ketika beraksi di atas pentas konsert siri jelajahnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Jurugaya penyanyi itu, Simone Harouche memberitahu, Cyrus tidak mementingkan jenama mewah sebaliknya dia lebih gemar mencari pakaian murah tetapi bergaya sesuai dengan imej segar yang ditampilkannya ketika di pentas.

"Cyrus amat menyukai blaus hitam yang dipakainya ketika menghadiri sesi fotografi iklan Miley Cyrus + Max Azria," kata Harouche.

Menurut wanita itu, Cyrus yang popular selepas membintangi siri komedi televisyen Hannah Montana membeli blaus tersebut dari kedai Internet, Walmart.com.

Baru-baru ini, penyanyi berusia 17 tahun itu memuji diri sendiri apabila menyatakan bahawa dia menganggap dirinya yang paling hebat.

"Saya agak hebat. Sebenarnya, saya yang paling hebat," katanya.

1 comment:

Tinggalkan Komen Anda Sini: