GEORGE TOWN - Pulau Pinang akan memiliki sebuah lagi pusat beli-belah terbaru yang dikenali sebagai 1st Avenue terletak di lokasi strategik di sini iaitu di antara bangunan Komtar, terminal bas bandar, Hotel Traders dan Prangin Mall.
Projek yang melibatkan pelaburan kira-kira RM300 juta yang dijangka beroperasi menjelang suku ketiga tahun depan itu merupakan salah satu projek terbesar yang dimajukan oleh Kumpulan Belleview.
Hartanah yang terletak di Jalan Magazine di sini itu turut dibangunkan bersama oleh Pramerica Real Estate Investors (Asia) Pte. Ltd., anak syarikat pengurusan hartanah Prudential Financial Inc. yang berpangkalan di Amerika Syarikat dengan Kumpulan Lion.
Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Belleview, Datuk Sonny Ho, pusat beli-belah tersebut bakal menawarkan pengalaman membeli-belah yang menarik kepada pengunjungnya kerana ia memiliki tujuh aras zon beli- belah dengan setiap aras menempatkan sebanyak 280 lot kedai.
Selain itu, ia turut mempunyai tiga aras tempat meletak kereta yang boleh memuatkan sebanyak 650 kenderaan dalam satu-satu masa.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: