Wednesday, November 4, 2009

Sejadah berdiri buatan manusia


Abdul Malik


KANGAR - Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) menjelaskan empat sejadah yang didakwa berdiri seperti mengerjakan solat berjemaah di surau Taman Kastam 3 dekat Padang Besar kelmarin adalah jenis baru, tebal dan keras.

Sehubungan itu, dakwaan penduduk taman perumahan tersebut kononnya sejadah berkenaan terbentuk sendiri boleh disangkal kerana keadaannya yang baru boleh dibentuk oleh mana-mana pihak.

Pengarah JAIPs, Abdul Malik Hussin berkata, selepas sejadah tersebut diambil dari surau berkenaan bagi mengelak kepercayaan karut dan kurafat, pegawai JAIPs berjaya membentuk sejadah berdiri dengan sendiri.

"Ia boleh dibuat begitu kerana sejadah tersebut baru, tebal dan keras.

"Jika ia sudah lusuh atau lembik, ada logiknya untuk dikategorikan sebagai luar biasa," katanya ketika dihubungi semalam.

Kelmarin Kosmo! melaporkan kejadian sejadah berdiri seperti mengerjakan solat berjemaah di surau Taman Kastam 3, Padang Besar yang menarik perhatian orang ramai termasuk warga Thailand di sempadan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: