Wednesday, November 4, 2009

Model baru Kawasaki lariskan jualan


MODEL Kawasaki KLX150S sesuai digunakan untuk aktiviti motorcross atau harian dilancarkan di Petaling Jaya.


PETALING JAYA - Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. (Kawasaki Motors) memperkenalkan model motosikal terbarunya KLX150S yang sesuai untuk aktiviti motorcross dan kegunaan harian di jalan raya biasa.

Pengurus Besarnya, Jeffrey Lim berkata, model yang direka di negara Jepun itu dijangka menerima sambutan menggalakkan sekali gus bakal melonjakkan jumlah jualan motosikal syarikat berkenaan di pasaran tempatan.

"Harga jualan bagi Kawasaki KLX150S ialah RM8,589 seunit dan menerusi pengenalan model ini, kami yakin ia akan membantu meningkatkan jualan motosikal pada tahun hadapan,'' katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran di sini semalam.

Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed.

Model berkenaan dilengkapi dengan enjin silinder empat lejang dipadankan dengan karburator Keihin NCV24 yang mampu mencapai kuasa maksimum 11.5hp@8000rpm dan daya pecutan (tork) maksimum 12Nm@6500rpm.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: