LONDON - Sebuah kereta Lamborghini Murcielago yang berharga £260,000 (RM1.46 juta) kehilangan tayar dan remuk di bahagian tepi bonet selepas terlibat dalam satu kemalangan di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Kejadian tersebut menyebabkan ramai orang termasuk pengunjung sebuah bar keluar untuk melihat kereta sport buatan Itali yang kehilangan tayar itu.
Sebahagian bonet kereta dan pintu kereta yang dipandu sebelah kiri dan mempunyai plat pendaftaran Monaco itu turut remuk.
Tidak ada laporan mengenai kecederaan dalam kejadian itu tetapi beg keselamatan udara kereta tersebut didapati telah berfungsi.
Punca sebenar kejadian yang berlaku pada malam Isnin lalu itu masih belum diketahui.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: