Thursday, November 26, 2009

Kereta kebal langgar pagar taman


SEBUAH kereta kebal melanggar pagar sebuah taman milik Jayne dan suaminya di Norfolk, baru-baru ini.



NORFOLK, England - Sepasang suami isteri terkejut selepas sebuah kereta kebal seberat lapan tan melanggar pagar sebuah taman yang diusahakan oleh mereka baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian tersebut berlaku selepas seorang askar berumur 19 tahun yang baru lulus ujian memandu gagal mengawal kereta kebal itu yang pernah digunakan dalam peperangan di Afghanistan.

Semasa menggambarkan kejadian itu, Jayne Jones, 40, yang mengusahakan taman itu berkata: "Saya mendengar bunyi kuat menyebabkan saya menganggap sebuah lori melanggar pagar taman kami.

"Adalah sesuatu yang mengejutkan apabila saya mendapati ia merupakan sebuah jentera tentera dengan empat askar berada di dalamnya. Mereka kelihatan amat malu."

Lebih mengaibkan, askar-askar itu terpaksa menunggu enam jam sebelum mendapatkan bantuan kerana kereta kebal tersebut tidak boleh bergerak.

Menurutnya, dia menawarkan minuman teh kepada askar-askar itu tetapi mereka menolaknya.

Askar-askar itu dipercayai dalam perjalanan dari pangkalan tentera Swanton Moorley ke sebuah lokasi latihan di Muckleborough.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. I think army with p plate car driving license should be banned from driving armoured vehicle as they are waiting accident to happen, they should learn how to drive a lorry 1st before trying to drive armoured vehicle. last 2 year there was a jpj road block it was lucky that a lorry carrying 15 tonnes of rubber acted as barrier or else the kancil in front of that lorry would have been crushed by an 4 wheel APC. from my view, that accident was caused by careless driving of the apc driver

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: