Wednesday, November 4, 2009

Pemabuk diarah cuci muntah


BEBERAPA anggota polis mengawasi seorang wanita membersihkan muntahnya di Newcastle baru-baru ini.


NEWCASTLE - Polis Britain melancarkan satu operasi khas bagi membanteras pemabuk membuang air kecil, sampah, muntah dan membuat bising di tepi jalan, lapor sebuah akhbar semalam.

Operasi yang diberi kod nama Jersey itu dilancarkan baru-baru ini dengan lima pesalah ditahan kerana membuang sampah dan 12 lagi dikenakan penalti setelah kencing di tempat awam terbuka.

Polis Northumbria melancarkan operasi itu ekoran rungutan penduduk sekitar bandar raya Newcastle yang mengadu masalah gangguan ketenteraman awam lewat malam.

Pesalah terbabit diarahkan polis untuk membersihkan kotoran setelah ditahan kerana menjadikan jalan raya dan lorong pejalan kaki sebagai 'tandas' mereka.

Seorang pegawai polis, Sarjan Claire Lawson berkata: "Aktiviti kerjasama dengan masyarakat tempatan itu kerap dilakukan pihak polis bagi menjadikan bandar raya ini lebih selamat."

Menurutnya, semua pub dan kelab malam dilengkapi tandas dan pemabuk tidak sepatutnya melakukan perbuatan itu di jalanan.

Sejak Januari lalu, polis telah memberi amaran dan mengeluarkan saman kepada 607 orang kerana membuang air kecil di tempat awam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: