Parti One Drop Perfumes X-Clusive 2009 di Impiana Cherating
Sementara Bunkface sedang membuat persembahan, saya menemubual Pengarah Urusan One Drop Sdn Bhd, Josafri Johari. Siapa sangka, seorang jejaka berpakaian sangatlah simple itu Pengarah Urusan sebuah syarikat pengeluar wangian tempatan? Saya sendiri baru tahu yang wangian keluaran One Drop Perfumes boleh digunakan untuk bersolat. Ye lah, kita jumpa kawan-kawan, girlfriend dan boyfriend wangi memanjang, nak menghadap Yang Esa ala kadar sahaja kan? Mana adil!
Berikut antara rentetan perbualan saya dengannya.
Maman: Assalamualaikum bro, apa khabar?
Joe: Sihat alhamdulillah. Maman?
Maman: Saya pun sihat alhamdulillah. Ok, saya nak mulakan sesi ni dengan bertanya Encik Joe. Apakah tujuan sebenarnya parti ini?
Joe: Oh, tujuan parti ini adalah sebenarnya kami akan melancarkan set wangian baru yang kami sasarkan kepada golongan remaja. Kalau kita lihat, remaja kini juga trendy dan bergaya.
Maman: Tadi Encik Joe kata ada dua set kan? Adakah ini setnya? (saya bertanya sambil memegang dua set wangian baru di depan kami).
Joe: Ye betul, untuk lelaki kami menamakannya Dude Set dan untuk gadis pula Chic Set. Terdapat empat jenis wangian dalam satu pek. Dude Set memberi pilihan menarik dengan haruman berbeza untuk mengikut mood setiap remaja. Haruman pertama bernama X ini (katanya sambil menunjukkan kepada kami) mempunyai aroma citrus yang mana kesegarannya yang unik dan tersendiri khusus untuk anak muda tampan, bertenaga dan berani. (Joe memberi kami bau X).
Yang ini pula Viva La Vida, ianya haruman berasaskan Woody Musky. Khusus buat remaja kosmopolitan yang moden dan trendy serta bersemangat juang tinggi. Yang ini (katanya sambil mengambil keluar sebotol lagi dalam pek tersebut) kami namakannya Ohh La La. Wangian ini berasaskan Fresh Musky dari kesegaran limau mandarin, limau hijau dan oren ini memastikan kesegaran yang berterusan.
Maman: Ok, yang terakhir ni saya dengar namanya agak unik. Apa keistimewaannya?
Joe: Yang terkahir dalam pek Dude Set ini kami gelarkannya Hey Sexy. Ianya menampilkan haruman Woody Fresh Ambery khusus untuk remaja maskulin dan pastinya menarik perhatian gadis kepada si pemakai.
Maman: Yang ini pula (kata saya sambil menghulurkan kepada Joe Chic Set) khusus untuk anak-anak gadis bukan? Boleh Encik Joe terangkan kepada saya tentang pek ini pula?
Joe: Ya, Chic Set memang khusus untuk si gadis manis. Ianya didatangkan dengan haruman segar berasaskan buah-buahan dengan nama-nama menarik bersesuaian dengan konsep wangian kali ini. Wangian pertama dalam pek ini kami namakan sebagai Pop My Berry diinspirasi dari haruman lembut kombinasi buah-buahan beri manakala wangian kedua ini, Look at Me Blossom pula diformulasikan dari haruman epal hijau yang segar dan ceria. (Joe membuka sau persatu botol tadi dan memberi kamu bau haruman tersebut. Memang sesuai untuk anak gadis kerana baunya lembut tetapi tahan lama).
Jika gadis itu menyukai haruman dari bauan guava yang unik dan menjadi pilihan, mungkin Fall in Love with Me adalah untuknya. Baunya amat unik. Akhir sekali kami menampilkan haruman manis dan tersendiri inspirasi mangga ranum yang membuatkan jejaka pasti mengingati si gadis (benar kata-katanya kerana bau haruman dua yang akhir ini lebih fruity dan fresh) jika si gadin memakai You Will Remember Me.
Maman: Encik Joe, kenapa wangian untuk remaja?
Joe: Setiap remaja gemarkan gaya, malah kini wangian juga menjadi perkara utama untuk mereka kelihatan menarik dan berketrampilan. Dengan bajet yang rendah, kini semua remaja mampu memiliki wangian mereka sendiri.
Perbualan kami terpotong di situ kerana majlis pelancaran set haruman terbaru tersebut akan berlangsung. Maka penuhlah pentas dengan artis dan penyampai melancarkan wangian tersebut.
Di pentas, penyanyi solo Ana Raffali sedang membuat persembahan. Terpana seketika kami di situ. Dalam ramai-ramai manusia di situ, hanya dia seorang sahaja berbaju kurung. Pakaiannya bukanlah yang menarik perhatian saya akan tetapi kemerduan suaranya dan cara dia berinteraksi dengan penonton. Dia boleh pergi jauh. Malah, saya sendiri terkelu lidah seketika menonton persembahannya yang memukaukan itu.
Altimet, bekas ahli kumpulan Teh Tarik Crew pula mengambil alih pentas. Dengan gaya selambanya dia mendendangkan lagu-lagu hitnya. Yang menarik, persembahan Altimet diiringi pemain saksofon, trombon dan trumpet. Konsep raggathon. Dia memberika persembahan yang bertenaga dan mengasyikkan sehing tidak sedar saya sekali meliuk lentuk mengikut iramanya
Kumpulan Pesawat yang baru minggu lepas melancarkan album mereka pula naik pentas. Kesian, sambutan diberikan kepada mereka oleh penonton. Mungkin kerana masih baru dan belum dikenali lagi. Namun pendapat saya mereka juga mempunyai potensi. Khabarnya kumpulan Pesawat ini berangkat dari Kuala Lumpur jam 6 petang kerana mereka ada show. Syabas beb!
Kumpulan terakhir beraksi merupakan klimaks acara. Kumpulan Hujan, persembahan mereka begitu bertenaga. Mungkin kerana pentas melendut maka Noh tidak la sangat melompat-lompat di atas pentas. Syabas juga kepada Noh kerana berjaya memukau penonton dengan persembahan anda. Tepat jam 11 malam, acara berkahir dan penonton mula bersurai.
Waktu itulah digunakan sepenuhnya peminat untuk bergambar dengan band dan penyanyi pujaan mereka. Mangga Online juga tidak melepaskan peluang keemasan ini.
Selesai bergambar dan beramah mesra, kami semua pulang ke kamar masing-masing dengan perasaan puas. Masa nak balik bilik baru Maman perasan yang Pop Shuvit sebenarnya di bilik sebelah kami.
Kami berborak seketika dan kemudian masuk tidur, maklumlah badan dah letih. Sekitar jam 1 pagi kami dipanggil Nizam dari KOSMO! untuk minum-minum. Maka kami berempat pun turun ke pekan. Selepas minum-minum kami pulang ke hotel, esok nak check-out lagi.
Pagi Ahad, kami berempat check-out dan pulang ke Kuala Lumpur. Terima kasih kepada One Drop Perfumes kerana sudi menjemput kami ke sana. Jangan lupa jemput kami lagi di masa akan datang!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: