Friday, November 13, 2009
Bintang Nadiya mula bersinar
Mungkin nama Nadiyatul Nisa belum cukup kuat di arena seni lakonan tanah air. Namun, pengarah berkaliber, Osman Ali adalah individu yang bertanggungjawab mengetengahkan bakat gadis muda yang baru berusia 24 tahun ini. Setelah membintangi beberapa buah drama tempatan, kilauan bakat Nadiya semakin bersinar sehinggakan kini namanya mula menjadi sebutan penerbit dan pengarah drama tempatan.
Sebelum ini Nadiya hanya berpeluang menjayakan watak pelakon tambahan dan juga pembantu. Namun kini, beliau telah mula ditawarkan untuk memegang peranan utama dalam beberapa buah drama antaranya Impian, Hanya Aku, Donut, Gadis Merah Jambu dan juga Cinta Secangkir Kopi.
Menerusi drama bersiri Impian yang disiarkan di TV3, watak Rehan, gadis bijak yang menjadi jurucakap tidak rasmi produk Rexona, membuatkan nama Rehan itu seakan melekat diingatan peminat setia drama itu sehinggakan ada yang tidak mengenali nama sebenarnya.
Namun, menurut Nadiya, dia tidak kecil hati sekiranya peminat tidak mengenali namanya asalkan watak yang dibawanya meninggalkan kesan seperti watak Rehan. Manakan tidak, jika impak lakonan yang diberikan tidak bagus, masakan nama Rehan itu melekat di minda penonton.
“Saya tidak kisah jika nama Nadiya tidak dikenali. Saya akui, watak Rehan yang saya bawakan dalam drama itu cukup kuat hinggakan ianya seakan menjadi nama kedua saya. Kadang-kadang tu, ada peminat yang menegur saya dengan nama Rehan,” katanya yang pernah membintangi filem kontroversi yang dilarang tayangannya, Dukun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: