Saturday, November 21, 2009

Pameran karya Leonardo da Vinci di New York

NEW YORK 20 Nov. - Sebuah pameran interaksi memaparkan model bersaiz sebenar bahan dan mesin yang direka cipta oleh Leonardo da Vinci yang berusia 500 tahun kini dibuka di Times Square kota raya ini.

Walaupun lebih dikenali atas maha karya lukisan Mona Lisa, da Vinci juga mereka cipta pelbagai mesin seperti mesin terbang, robot, senjata dan peralatan mekanikal.

Tarikan utama pameran tersebut termasuklah mesin terbang 'Layang-Layang Besar', prototaip kereta kuda yang bergerak sendiri dan model singa dan kelawat mekanikal.

Para pelawat juga boleh menyentuh paparan untuk menukar sketsa da Vinci menjadi model tiga dimensi.

Pameran bertema Leonardo da Vinci's Workshop itu akan berlangsung sehingga Mac tahun depan bertempat di The Discovery Times Square Exposition.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: