Saturday, November 21, 2009

Heidi Klum peraga pakaian dalam selepas bersalin


Heidi Klum tiba di pertunjukan fesyen Victoria's Secret 2009 di New York, kelmarin.


NEW YORK 20 Nov. - Selepas bersalin, Heidi Klum mengetuai barisan peragawati sempena pertunjukan fesyen pakaian dalam tahunan Victoria's Secret, yang kembali menemui peminat di New York dengan beberapa wajah segar selepas empat tahun berada di pasaran.

Jenama pakaian dalam itu melantik lima orang model wanita menerusi koleksi 'Bidadari' yang direka khas untuk model-model terkenal di hadapan sebuah rumah yang padat malam semalam di Lexington Avenue Armory di sini.

Mereka ialah Emanuela de Paula, Chanel Iman, Rosie Huntington- Whiteley, Lindsay Ellingson dan Candice Swanepoel.

Namun, Klum yang baru sahaja melahirkan bayi perempuannya lima minggu lalu merupakan model yang paling dinanti-nantikan ketika beliau memakai korset berwarna ungu dan gaun separuh yang dihasilkan menggunakan kain tulle sekali gus mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton.

Artis jemputan The Black Eyed Peas - terutamanya Fergie, satu-satunya anggota wanita kumpulan tersebut, yang memakai baju berwarna hitam dan dihiasi batu permata turut mendapat tumpuan penonton.

Pencarian model di Internet yang bermula pada awal bulan ini, kini hampir tamat dengan pemilihan dua orang peserta, yang mana seorang daripada mereka akan dipilih oleh orang ramai untuk muncul dalam pertunjukan fesyen yang disiarkan di televisyen siaran CBS pada 1 Disember ini.

"Saya boleh menontonnya di Internet, tetapi ia nampaknya seperti satu pertunjukan yang menarik," kata Russell Simmons yang duduk di kerusi hadapan.

"Pertunjukan ini seringkali menyeronokkan dan merupakan satu produksi yang menarik, ia sering mengkagumkan dan Victoria's Secret juga selalu melakukan sesuatu yang luar biasa yang saya sukai, " kata pereka kostum, Patricia Field.

Klum, yang biasanya sangat teliti dengan apa yang dipakainya bagaiamanapun hanya muncul sekali.

Sebaliknya, bekas model pakaian renang sukan dan gadis penghias kulit majalah, Marissa Miller yang mendapat penghargaan untuk memakai baju dalam bertatahkan berlian bernilai kira-kira AS$3 juta (RM10.8 juta).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: