TOKYO - Pemerintah Jepun, Maharaja Akihito semalam menyatakan tindakan agresif tentera negara itu pada masa lampau bertentangan dengan hasrat bapanya, Hirohito semasa memerintah pada era Perang Dunia Kedua.
Maharaja yang berumur 75 tahun itu menjelaskan, mendiang bapanya itu menentang pembabitan Jepun dalam peperangan.
Akihito berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada majlis meraikan sambutan ulang tahun menaiki takhta ke-20 baginda di sini semalam.
Hirohito yang dikenali sebagai Maharaja Showa selepas kemangkatannya memerintah Jepun dari 1926 hingga 1989.
"Baginda Maharaja Showa menjiwai peri penting menjaga keamanan.
"Pada pendapat saya, pembabitan Jepun dalam peperangan bertentangan dengan kehendak baginda," kata Akihito.
Ahli-ahli sejarah sebelum ini berbeza pendapat dalam mensabitkan pembabitan maharaja Jepun tersebut dalam Perang Dunia Kedua atau maharaja hanya boneka tentera dan pemimpin politik.
Hirohito tidak dibicarakan di Tokyo dalam tribunal perang yang menyebabkan tujuh pegawai kanan tentera dan kerajaan dijatuhi hukuman mati termasuk bekas Perdana Menteri, Hideki Tojo.
Kebanyakan negara Asia masih mengingati peristiwa pedih dan keganasan Jepun ketika Perang dunia Kedua.
Akihito dimasyhurkan sebagai maharaja Jepun pada 12 November 1990 setelah tamat tempoh berkabung berikutan kemangkatan Hirohito.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: