|
|
CLEVELAND - Seorang wanita, Charla Nash yang mengalami kecederaan teruk di muka selepas diserang oleh seekor cimpanzi di rumah rakannya lapan bulan lalu berkata, dia tidak mahu mengingati lagi kejadian itu, lapor sebuah akhbar semalam.
Nash, 56, kini tidak mempunyai kedua-dua mata yang terpaksa dikeluarkan oleh doktor kerana jangkitan kuman termasuk mulut, kelopak mata dan hidung manakala semua jarinya terpaksa dipotong kerana seperti sudah hancur dikunyah pada 16 Februari lalu.
|
|
Kejadian itu berlaku apabila dia mengunjungi rumah rakannya, Sandy Herold di Stamford yang memelihara cimpanzi jantan seberat 90.71 kilogram sejak bayi lagi.
Cimpanzi itu menyerang Nash selepas haiwan itu berjaya melarikan diri dari kurungan di rumah rakannya itu.
Herold berjaya menikam cimpanzi itu dengan sebilah pisau semasa Nash diserang sebelum ia mati ditembak oleh anggota-anggota polis.
"Saya tidak mahu diganggu dengan kejadian ngeri ini," katanya yang memakai penutup kepala pada program bual bicara The Oprah Winfrey di sini kelmarin.
Sebelum dia mendedahkan wajahnya yang tidak mempunyai mata, mulut dan kelopak mata itu, Oprah Winfrey yang mengacara program tersebut memberi amaran kepada penonton bahawa mereka akan melihat sesuatu yang amat mengejutkan.
Nash menyatakan dia kini memakai tudung kepala semasa berjalan bagi mengelak orang ramai takut padanya.
Dia yang mempunyai seorang anak perempuan berumur 17 tahun semakin pulih dan masih menjalani rawatan di Hospital Cleveland di Ohio.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: