Thursday, November 26, 2009

Laporan bedah siasat isteri diserah kepada peguam


KERATAN Kosmo! 26 March 2009.


KUALA LUMPUR - Selepas tiga bulan menunggu, seorang suami kini boleh menarik nafas lega apabila keputusan bedah siasat isterinya yang mati ketika sedang menjalani rawatan sedut lemak diperoleh baru-baru ini.

Zaharuddin Zainuddin, 35, suami kepada Allahyarham Noraini Mohd. Ghazali, 32, berkata, laporan bedah siasat tersebut kini berada di dalam simpanan peguamnya.

"Laporan itu menyebut isteri saya mengalami kejutan jantung setelah gagal bertindak balas terhadap dua jenis suntikan yang diberikan oleh doktor klinik itu.

"Sekarang saya serahkan kepada peguam untuk mengambil tindakan yang difikirkan wajar terhadap doktor dan klinik tersebut termasuk menyaman mereka atas faktor kecuaian,'' katanya ketika dihubungi semalam.

Pada 26 Mac lalu, akhbar melaporkan, Noraini yang merupakan ibu kepada tiga orang anak mati ketika sedang membuat rawatan menyedut lemak di sebuah klinik di Jalan Lima, Ampang dekat sini.

Mangsa yang memiliki berat badan di antara 50 hingga 53 kilogram didakwa mula muntah-muntah sebaik diberi ubat pelali.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: