KUALA LUMPUR - Lima penjenayah daripada kumpulan Geng Wak Jailani termasuk ketuanya, dikenali sebagai Jailani yang aktif melakukan kegiatan pecah rumah di kawasan perumahan di daerah ini berjaya ditahan Isnin lalu.
|
|
Operasi selama 12 jam bermula pukul 3.30 petang itu dilakukan selepas polis menerima maklumat daripada orang ramai yang curiga dengan gelagat lima lelaki warga Indonesia yang sedang memunggah barang ke dalam sebuah kereta berdekatan sebuah rumah.
Dengan tertangkapnya kesemua suspek, polis percaya dapat menyelesaikan 18 kes pecah rumah di sekitar daerah Ampang termasuk kes-kes di perumahan mewah seperti di Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa dan Ukay Perdana.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, tangkapan pertama dilakukan di Taman Tasek Permai ketika suspek sedang asyik menunggah barang ke dalam sebuah kereta Proton Iswara.
"Kita percaya suspek baru sahaja memecah masuk sebuah rumah di situ berdasarkan penemuan peralatan pecah rumah dan barang berharga seperti lima buah telefon bimbit, barang kemas, kamera digital dan wang RM60.
"Beberapa jam selepas itu, kita telah menahan dua lelaki tempatan di kedai pajak di Kepong yang merupakan perancang kumpulan ini," katanya kepada pemberita pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: