PHNOM PENH - Kerajaan Kemboja semalam mengesahkan pengambilalihan sementara Perkhidmatan Trafik Udara Kemboja (CATS) daripada sebuah syarikat Thailand, Samart.
Perkara itu dinyatakan Timbalan Menteri Majlis Menteri-Menteri, Tekreth Samrach yang memberi alasan langkah itu demi keselamatan negara dan kelancaran operasi penerbangan.
Ia bakal memburukkan lagi hubungan diplomatik dua negara jiran itu selepas Phnom Penh menahan petugas CATS rakyat Thai, Siwarak Chutipong yang didakwa sebagai pengintip.
Kemboja sebelum itu menawarkan jawatan penasihat ekonomi kerajaan kepada bekas perdana menteri Thai, Thaksin Shinawatra yang digulingkan walaupun dibantah Bangkok.
Thaksin hidup dalam buangan di luar negara selepas dihukum penjara dua tahun oleh sebuah mahkamah Thailand tahun lalu atas kesalahan rasuah semasa menjadi perdana menteri.
"Kami memerlukan tahap keselamatan negara adalah selamat dan pemimpin kami juga selamat, malah masalah keselamatan negara yang lebih penting," kata Tekreth.
Katanya, pengambilalihan itu yang dilaksanakan seminggu lalu juga bersifat sementara sebelum pakar perundangan membuat kajian mengenai tempoh konsesi CATS oleh Samart.
Sembilan petugas Thailand yang masih berada di situ tidak dipecat namun mereka diminta untuk tidak datang bekerja di pejabat CATS, ujar Tekreth.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: