COCKERMOUTH - Bot-bot penyelamat dan sejumlah helikopter milik tentera Britain dikerah untuk membantu menyelamat beratus-ratus penduduk yang terperangkap akibat banjir di utara Englad semalam.
Agensi Alam Sekitar berkata, banjir besar berkenaan berlaku sekali dalam tempoh 1,000 tahun akibat hujan sebanyak 314 milimeter (mm) dalam tempoh 24 jam.
Seorang jurucakap Persatuan Insurans Britain berkata, banjir terbaru tersebut kurang meninggalkan kesan kemusnahan manakala jumlah kerosakan hanya dapat dinilai dalam tempoh beberapa hari lagi.
Pejabat Meteorologi semalam meramalkan cuaca akan bertambah baik tetapi hujan sebanyak 40 mm dijangka turun hari ini.
|
|
Berikutan itu, pihak berkuasa mengeluarkan amaran banjir tahap empat di barat laut England dan enam kawasan lain di Scotland.
Seorang saksi di bandar Cumbrian, Cockermouth berkata, dia menyaksikan air naik dengan pantas.
Sejumlah jalan di barat laut England dan selatan Scotland juga ditutup.
Sementara itu di Ireland, Kementerian Pertahanan menyatakan seramai 110 anggota tentera, 15 trak dan empat bot dikerah ke selatan dan barat negara itu.
Banyak rumah dan kawasan perniagaan ditenggelami air di bandar kedua terbesar Ireland, Cork.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: