Wednesday, November 4, 2009

Kembali kepada bekas kekasih


JUDE LAW (kiri) dan Sienna Miller.


INI mungkin berita baik untuk peminat Jude Law. Ini kerana Jude dengan bekas kekasihnya, Sienna Miller dilaporkan sedang berbaik semula dan kini kembali akrab.

Pasangan British itu yang mula bercinta selepas bertemu di set penggambaran Alfie pada tahun 2004, bagaimanapun berpisah dua tahun kemudian selepas Jude dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan pengasuh anaknya.

Baru-baru ini Jude dan Sienna dikatakan telah berjumpa beberapa kali secara rahsia di New York.

Sumber itu memberitahu pertemuan itu berlangsung dengan baik dan kedua-duanya tidak lagi bertegang leher.

"Sememangnya Sienna terluka dengan apa yang telah dilakukan Jude. Tetapi dia masih muda dan kali pertama jatuh cinta.

"Apa yang ramai orang tidak tahu kedua-dua mereka sebenarnya masih berhubungan selepas berpisah. Siapa tahu selepas ini, hubungan mereka menjadi lebih intim dan kembali hangat dilamun cinta.

Jurucakap Jude mengesahkan kepada majalah Now, Jude dan Sienna pernah berjumpa beberapa kali bahkan memberitahu yang dia melihat Sienna masih memakai cincin pertunangan yang diberikan Jude.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: