Wednesday, November 4, 2009

Habuan ada - Annuar


PRESIDEN Kafa, Tan Sri Annuar Musa menyampaikan replika cek RM66,000 kepada kapten Kelantan, Indra Putra Mahyuddin di Kota Bharu.


SETIAP kali menang perlawanan, kena ada habuan. Kenapa perlu mendidik pemain dengan habuan kerana lama-kelamaan ia boleh membawa keburukan kepada bola sepak itu sendiri.

Tidak salah memberi asalkan pada kadar yang berpada-pada.

Jika budaya seperti ini diamalkan, ia boleh membantutkan pembangunan bola sepak negara.

Apa pun, terpulang kepada pemain itu sendiri sama ada mereka bermain untuk mengejar habuan atau sebaliknya.

Ketika masalah kewangan berada dalam keadaan tenat, Kelantan tetap mahu menghulurkan habuan kepada pemainnya yang akan turun beraksi menentang Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009, Sabtu ini.

"Jangan bimbang tentang habuan, segalanya sudah disiapkan untuk anda."

Itu jaminan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa kepada pemain suad Wira Merah itu semalam.

Katanya, pemain hanya perlu fokus dengan latihan serta matlamat pasukan untuk membawa balik piala berprestij itu ke bumi Kelantan.

"Saya telah menemui Menteri Besar untuk berbincang tentang masa depan bola sepak Kelantan dan kita gembira apabila kera- jaan negeri juga memberikan kerjasama yang baik.

"Pemain akan ke Bukit Jalil dengan nafas yang gagah dan sekarang terpulang kepada mereka untuk buktikan kemampuan dan menjadi sebahagian dari- pada sejarah yang tidak ternilai harganya," katanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, pemain adalah pemegang saham terbesar dalam bola sepak Kelantan dan mereka akan mendapat habuan mengikut kemampuan Kafa.

Katanya, beliau enggan meng- umumkan terlebih dahulu bentuk habuan kepada pemain sekiranya mereka berjaya membawa pulang Piala Malaysia ke Kelantan.


ANUAR (tengah) menyerahkan bonus kepada skuad Kelantan di Kota Bharu.


"Cuma saya ingin umumkan, pihak persatuan telah bersetuju untuk menyediakan pakej percutian ke destinasi yang belum ditetapkan.

"Hadiah tersebut akan ditunaikan kepada pemain tidak kira sama ada mereka berjaya memenangi perlawanan akhir tersebut atau tidak dan pasti hadiahnya lebih besar sekiranya mereka menang," ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan ketika dihubungi memberitahu, kerajaan negeri menjanjikan habuan istimewa kepada pasukan Kijang selepas melakar sejarah melangkah ke perlawanan akhir saingan piala berprestij ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: