|
|
SELEPAS kecewa kepada Perak 0-2 pada perlawanan akhir Piala Malaysia hampir 40 tahun lalu, Kelantan kini bertekad untuk tidak terus kempunan menjulang piala berprestij itu Sabtu ini.
Walaupun pasukan yang ditentang mereka pada perlawanan akhir itu bukan calang-calang lawan, Kelantan yakin momentum kemenangan seakan sukar disekat berdasarkan semangat yang dibawa selepas menumpaskan Perlis dengan agregat 5-1 pada perlawanan separuh akhir Sabtu lalu.
Bagi penyerang sensasi The Red Warriors, Mohd Khalid Jamlus, kegagalan pada perlawanan akhir Piala FA menentang Selangor sebelum ini bukan penghalang buat pemain mencatat sejarah baru.
"Kami sudah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk menentang Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.
"Dengan doa seluruh rakyat Kelantan, insya-Allah kami akan membawa pulang Piala Malaysia ke Kelantan," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan bonus oleh Kafa di Kota Bharu semalam.
Skuad Kelantan menerima RM66,000 sebagai bonus kerana layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini.
Mohd. Khalid adalah bekas pemain Perak dan Selangor yang juga pemain kebangsaan.
Katanya, semua pemain telah menyatakan keazaman untuk bermain sebaik mungkin tanpa men- cetuskan insiden buruk.
"Kalah menang adalah adat permainan tetapi biarlah permainan itu berlangsung dengan penuh semangat kesukanan dan kami sangat berharap penyokong Kelantan juga dapat menyaksikan perlawanan secara profesional," katanya.
Dia juga meminta pemain tidak terbawa-bawa dengan emosi yang dicetuskan penyokong seperti yang berlaku sebelum ini.
"Biarlah kami pulang membawa kenangan manis menjuarai Piala Malaysia tahun ini," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: