KELANTAN akan menyertai Liga Malaysia 2010, demikian tegas Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa semalam.
Menurutnya, beliau telah berjumpa dengan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzudin Ahmad dan menyatakan kemampuan Kelantan untuk terus beraksi dalam Liga Bola Sepak Malaysia (Liga M) musim depan.
"Dengan ini saya mengumumkan Kelantan akan terus beraksi dalam Liga M, bukan sekadar pasukan biasa tetapi sebagai sebuah pasukan gergasi.
"Saya sudah meyakinkan FAM dan saya kira masalah isu kelayakan pasukan Kelantan sudah tidak timbul kerana ia sudah selesai," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan bonus kepada pemain semalam.
Tambahnya, sehingga kini Kafa telah menyelesaikan hutang- hutang lapuk berjumlah hampir RM1 juta termasuk tuntutan- tuntutan pemain sebelum ini dan caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KW- SP).
Jelasnya, Kafa mungkin masih belum berkemampuan untuk melangsaikan sepenuhnya hutang lama sehingga 10 tahun ter- kebelakang.
"Sehingga kini Kafa sudah melangsaikan hutang-hutang yang tertunggak selama tiga tahun bermula 2005 walaupun saya hanya mengambil alih persa- tuan pada tahun 2008.
"Selagi saya menjadi presiden, saya akan pastikan Kelantan akan terus beraksi pada Liga Malaysia dan kita akan langsai- kan segala hutang semampu yang boleh," ujarnya.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh 'orang kuat' Kafa itu melegakan puluhan ribu penyokong Kelantan.
Sementara itu, pemain Kelantan menerima 'durian runtuh' iaitu insentif berjumlah RM66,000 semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: