Thursday, November 5, 2009

Ibu mertua dorong kejayaan Iskandar


ISKANDAR membungkus kerepek untuk dipasarkan di Kampung Kelemak, Alor Gajah, Melaka baru-baru ini.


MELAKA - Walaupun pernah beberapa kali gagal dalam bidang perniagaan yang diceburi, Iskandar Mohd. Ali tidak pernah putus harapan atau lemah semangat untuk meneruskan cita-citanya agar berjaya dalam arena perniagaan pada masa depan.

Bermula daripada mengusahakan perniagaan katering seawal 19 tahun, beliau terus mengorak langkah dengan mempelbagaikan lagi aktiviti niaganya termasuklah meneroka bidang francais menjual nasi lemak dan perkhidmatan dobi.

Namun, kegawatan ekonomi negara pada tahun 1998 telah membantutkan perkembangan perniagaannya sehingga memaksa beliau beralih kepada bidang penyediaan perkhidmatan kereta sewa dengan bermodalkan duit simpanan sebanyak RM2,000.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: