Thursday, November 5, 2009

New Hot Rods sesuai untuk cuti sekolah


SITI NADZIRAH ABD. HAMID, kakitangan KFCH menunjukkan
hidangan New Hot Rods di Petaling Jaya.


PETALING JAYA - KFC Holdings (Malaysia) Bhd. (KFCH) melancarkan produk terbarunya, New Hot Rods yang dikhususkan kepada golongan muda bersempena musim cuti sekolah akhir tahun dan cuti pertengahan semester institusi pengajian tinggi.

Pengarah Urusannya, Jamaludin Md. Ali berkata, produk terbaru itu merupakan ketulan daging ayam Hot&Spicy tanpa tulang dan mempunyai lapisan luaran yang rangup serta garing.

"New Hot Rods dihidangkan seperti satay bersama pencecah eksotik yang istimewa iaitu Smokin' Hot Sauce. Pencecah ini diperbuat daripada campuran cili eksotik dari Mexico, sos barbeku dan mayonis berkrim,'' katanya pada majlis pelancaran produk itu di sini semalam.

Produk berkenaan ditawarkan selama dua bulan mulai semalam sehingga 3 Januari 2010 dan boleh didapati di semua cawangan restoran KFC di seluruh negara.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: