|
|
KUALA LUMPUR - Keterangan bekas pembantu rumah warga Indonesia, Nirmala Bonat konsisten dan boleh dipercayai berdasarkan tiga elemen iaitu tahap kecederaan, senjata panas yang digunakan serta bekas majikannya, Yim Pek Ha merupakan satu-satunya orang yang menyebabkan kecederaan tersebut.
Sehubungan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Raja Rozela Raja Toran dalam hujah di peringkat rayuan di Mahkamah Tinggi di sini semalam berkata, tiga elemen tersebut membuktikan Hakim Mahkamah Sesyen tidak terkhilaf dalam menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap tertuduh.
|
|
Pada 27 November 2008, Pek Ha, 41, dijatuhkan hukuman tersebut selepas Mahkamah Sesyen di sini mensabitkannya bersalah atas tiga tuduhan mencederakan Nirmala, 24, menggunakan seterika dan air panas di Villa Putera, Jalan Tun Ismail di sini pada Januari, Mac dan April 2004.
Terdahulu, Rozela menyanggah rayuan pihak pembelaan yang mendakwa Nirmala kurang siuman berdasarkan keterangan Pek Ha sering melihat pembantu rumahnya itu tidur dalam keadaan bogel selain suka mencederakan diri sendiri.
"Kami anggap keterangan sedemikian akan mengenakan pihak pembelaan kembali kerana dari pengamatan kami, kalau benar majikan ada pembantu rumah berkelakuan begitu, sudah tentu dia dihantar pulang.
pegi mampos la orang indon yang mcm ni.x sedo diri.kalau aku pun aku pijaakkann..dah la nk ambik byo mahal.bwat hal plak..padan muke ko si idong beso!!
ReplyDelete