BUKAN senang untuk menyaksikan kumpulan-kumpulan indie gah di atas satu pentas persembahan. Apatah lagi, dalam suasana rileks di tepi pantai serta penonton tidak sampai 200 orang, satu perkataan yang menggambarkan acara itu adalah eksklusif.
Kerana itulah, acara julung-julung kali yang dianjurkan oleh jenama haruman popular One Drop Perfumes diberi nama One Drop Perfumes Xclusive Party 2009.
|
|
Jika sebelum ini Parti Selebriti Kosmo!-One Drop disasarkan untuk golongan yang lebih dewasa dan berlangsung di hotel lima bintang, One Drop Perfumes Xclusive Party 2009 pula khusus untuk generasi muda dengan mengambil lokasi di tepi pantai.
Diadakan dengan kerjasama stesen radio XFM, parti yang diadakan Sabtu ini di pantai Impiana Cherating Resort, Pahang itu akan mengumpulkan band indie tersohor seperti Stonebay, Pop Shuvit, Altimet, Bunkface, Pesawat dan Hujan.
|
|
Menurut Pengarah Urusan Kumpulan One Drop Perfumes Sdn. Bhd. Josafri Johari, One Drop Perfumes Xclusive Party 2009 menjadi satu program unik dan istimewa kerana ia satu-satunya acara khas yang diadakan untuk golongan remaja di tepi pantai.
Selain barbeku, acara sukan dan persembahan kumpulan indie, peserta juga berpeluang beramah mesra dengan golongan selebriti memandangkan jumlah penonton yang kecil.
|
|
"Kita menerima ribuan borang penyertaan daripada pengguna One Drop Perfumes yang ingin menyertai parti ini. Bagaimanapun hanya 50 pengguna bertuah yang dapat bersama untuk parti sulung itu.
"Stesen XFM pula memilih 30 pendengar remaja mereka. Memang jumlah ini kedengaran agak kecil, tetapi inilah nilai eksklusif yang kita tekankan. Hanya yang bertuah sahaja mendapat peluang istimewa ini," ujar Josafri semalam.
Walaupun kata beliau ada sesetengah orang mempunyai persepsi parti di tepi pantai sebagai agak liar, bagaimanapun tidak semua majlis di tempat tersebut seperti itu.
"Majlis akan bermula pada pukul 5 petang dengan acara sukan seperti bola tampar pantai, limbo rock, pistol air dan mencari harta karun. Berehat sejam untuk bersembahyang Maghrib, program akan bermula semula pada pukul 8 malam untuk makan malam, barbeku dan persembahan artis," katanya.
|
|
Dalam majlis yang sama ujar Josafri, One Drop Perfumes juga akan melancarkan dua lagi koleksi terbaru harumannya yang dikhususkan untuk golongan remaja.
"Untuk memenuhi permintaan ramai kita lancarkan haruman untuk remaja iaitu Chic Set untuk perempuan manakala Dude Set untuk lelaki.
"Selama ini ada pengguna remaja One Drop menggunakan haruman yang sama seperti orang dewasa yang baunya agak kuat.
Selain itu, haruman orang dewasa pula lebih kepada bau kayu-kayuan dan floral.
"Bagaimanapun untuk Chic Set yang mengandungi empat jenis haruman, ia lebih kepada bau buah-buahan seperti epal, jambu batu dan mangga.
"Dude Set pula berbau segar dengan penekanan kepada bau sitrus sesuai untuk golongan remaja lelaki," katanya sambil memberitahu harga set wangian itu cuma RM25.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: