KERANA komitmen kerja yang begitu tinggi, pelakon Sienna Miller akhirnya terpaksa berpisah dengan teman lelakinya, DJ George Barker.
Menjalinkan hubungan cinta sejak Julai lalu, Sienna merasakan kesibukan kerjayanya serta baru berpindah ke New York membuatkan dirinya sukar untuk meluangkan masa bersama George. Tentu sekali hubungan jarak jauh sangat sukar untuk dikekalkan.
Menurut sumber kepada Contactmuzik, Sienna begitu mencintai George dan mengharapkan hubungan yang dibina kekal lama.
Namun, demi kerjaya dan masa depan, dia membuat keputusan dengan terpaksa melupakan lelaki itu.
"Ketika bercinta, mereka nampak bahagia. Bagaimanapun akhirnya mereka sedar hubungan itu sukar untuk bertahan kerana jarak yang memisahkan dan mereka bersetuju untuk membawa haluan masing-masing.
"Bagi Sienna, cinta jarak jauh adalah satu perkara yang tidak mungkin berlaku kepadanya.
"Bagaimanapun mereka masih berkawan. Jika masih ada cinta, siapa tahu andai kedua-duanya akan kembali bersama kelak?," kata sumber tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: