Farawahida |
DALAM diam rupa-rupanya penyanyi kontroversi Farawahida sebenarnya sudah mula berjinak-jinak dengan dunia lakonan. Nampaknya penyanyi lagu Hilangkan Segalanya ini semakin berisi. Baguslah.... Cik Normah diberitahu insan yang cukup rapat dengan gadis kelahiran Taiping itu sedang sibuk menjalani latihan dan raptai untuk persembahan teater.
Kelas gitu! Mulanya ingatkan drama atau telefilem, tetapi rupa-rupanya bakal beraksi di pentas teater. Bagi Cik Normah, teater antara medium terbaik untuk mengasah bakat dalam lakonan. Itu sebab Cik Normah agak terkilan apabila Diana Danielle tidak jadi beraksi di pentas Natrah.
Teater yang dilakonkan penyanyi yang mesra disapa Fara itu judulnya Sinbad dan dianjurkan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Fara memegang watak Puteri Jasmin dan teater itu akan dipentaskan mulai 11 hingga 13 Disember ini. Tempat pementasannya ialah di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Teater ini adalah aksi sulung Fara sebagai pelakon. Ketika ini, Fara juga sudah mula menelaah skrip untuk memastikan kelangsungan watak yang diberikan kepadanya. Kepada Fara, Cik Normah ucapkan selamat berjaya dan semoga teater sulung ini menjadi penggerak kepada kecemerlangan seterusnya.
Kawan sepejabat Cik Normah sempat mengusik. Dia kata, kenapa tiba-tiba Fara nak jadi pelakon? Katanya lagi, takkan tak ada tawaran dan undangan membuat persembahan kot. Entahlah, Cik Normah hanya mampu menggeleng kepala saja. Buat Fara, jangan ambil hati dengan mulut laser kawan Cik Normah ini ya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: