Nurul |
NAMPAKNYA selepas Ajai melangsungkan perkahwinan, Cik Normah sudah mula bau kisah indah lagi romantis yang bakal berlaku kepada bekas isterinya, Nurul Huda. Nampaknya, Cik Normah kena tempah baju lagilah lepas ini. Mungkin Cik Normah nak pakai baju kurung rona cerah ala penyanyi baru Ana Raffali untuk menghadiri majlis itu nanti.
Rona bahagia sedang erat mendakap kehidupan ibu kepada Ayu Nazirah ini. Malah, Cik Normah dapat tahu di laman sosial miliknya, Nurul sempat memberitahu di ruang status mengenai sesuatu yang bakal berlaku pada bulan depan. Bunyinya seperti Nurul akan menghebahkan majlis perkahwinannya kerana hatinya kini sudah dimiliki.
Cik Normah nak tahu juga siapa lelaki yang bertakhta di hati penyanyi berkulit hitam manis itu. Tetapi yang paling penting Cik Normah dapat tahu dia bukanlah suami orang.
Baguslah Nurul, sebagai wanita Cik Normah memahami sekeping hati kita apabila terguris dek kenangan lalu. Namun, jangan sesekali menjadikannya alasan untuk membalas dendam. Yang lalu itu biarkan terus terbenam begitu saja. Apa yang penting ialah kehidupan sekarang.
Selepas ini, harapnya tidak ada lagi kisah dan gosip kononnya Nurul nak sorok nikah seperti yang pernah timbul sebelum ini. Buat Nurul, jangan lupa Cik Normah dan teman sepejabat ya, kalau ada khabar gembira yang ingin dikongsi bersama. Cik Normah tunggu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: