Friday, November 27, 2009

6,000 unta liar serang kampung


SEEKOR unta liar dirakam berkeliaran di Ross River,
Alice Springs, Australia.



ALICE SPRINGS - Pihak berkuasa Australia melancarkan program memburu dan menghapuskan lebih 6,000 ekor unta liar setelah haiwan itu menceroboh kawasan penduduk bagi mendapatkan air.

Banyak prasarana di Docker River, di Wilayah Utara musnah manakala bekalan air pula tercemar sejak bandar yang dihuni 350 penduduk itu didatangi puluhan ekor haiwan itu setiap hari.

Bandar Alice Springs yang terletak hampir 500 kilometer ke timur laut Docker River dilanda kemarau berlarutan sejak beberapa minggu lalu.

"Bandar ini berada dalam keadaan kritikal manakala penduduknya semakin terdesak. Keadaan seperti ini jarang berlaku dan memerlukan tindakan segera bagi menanganinya," kata seorang menteri, Rob Knight.

Menurut menteri berkenaan, kerajaan merancang menggunakan helikopter untuk mengumpul unta-unta liar itu setiap hari bermula minggu depan sebelum menembaknya.

Unta liar itu yang dibawa masuk ke Australia pada tahun 1840-an memecahkan beberapa tangki air dan merosakkan unit pendingin hawa banyak rumah untuk mencuri air selain meruntuhkan pagar sebuah lapangan terbang kecil di bandar itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: