LOS ANGELES - Kumpulan pop lima wanita seksi, Pussycat Dolls (gambar) berpisah gara-gara perasaan cemburu yang sudah sampai ke kemuncaknya, lapor sebuah akbar semalam.
Menurut beberapa sumber, anggota kumpulan tersebut dipercayai berasa tidak puas hati terhadap penyanyi utamanya, Nicole Scherzinger.
Scherzinger, 31, yang juga kekasih pemandu sukan Formula Satu (F1), Lewis Hamilton didakwa mengecap kejayaan peribadi setelah tampil dengan album solo dengan lagu bertajuk, Baby Love.
Anggota kumpulan yang mencipta nama menerusi album Don't Cha pada 2005 itu turut dianggotai Melody Thornton, Jessica Sutta, Ashley Roberts dan Kimberly Wyatt.
"Mereka berperang, kumpulan Pussycat Dolls berpecah buat selama-lamanya. Tidak ada anggota kumpulan yang bercakap dengan Nicole (Scherzinger) kerana percaya dia mendapat tumpuan media tetapi akhirnya mengenepikan mereka (dengan menerbitkan album solonya)," kata satu sumber kepada akhbar New York Post.
Kumpulan itu mencetuskan kontroversi pada awal tahun ini setelah anggotanya enggan membuat persembahan bersama sehingga mencetuskan spekulasi bahawa ia diambang perpecahan.
Pussycat Dolls dijangka membuat kenyataan rasmi dalam tempoh terdekat.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: