|
|
PENYANYI Teuku Ryan sebelum ini menegaskan bahawa dia tidak mahu bercerai dengan isterinya, Vira Yuniar. Bagaimana kesungguhan Vira yang enggan lagi terikat dengan Ryan menyebabkan perkahwinan mereka yang dibina sejak tahun 2004 tidak dapat diselamatkan lagi.
Pasangan itu dikurniakan dua orang anak, Cut Sjalinni Ryan, 5 dan Teuku Prayaa Alcany Ryan, 3.
Vira bagaimanapun perlu bersabar lagi kerana suaminya tidak menghadirkan diri ke mahkamah dan hakim telah menundakan kes mereka ke 16 Disember depan.
"Hari ini sepatutnya Ryan datang ke mahkamah tetapi dia tidak menunjukkan muka. Jadi perbicaraan terpaksa ditangguh ke 16 Disember depan," jelas peguam Vira, Shandu Arifin.
Atas penundaan itu, Vira menganggap suaminya mahu melengah-lengahkan penceraian mereka. Ryan sebelum ini memberitahu sebab Vira mahukan penceraian tersebut tidak masuk akal.
"Kami bukannya ada masalah kewangan. Tapi Vira mahu wang yang diberikan kepadanya dimasukkan ke dalam bank. Kenapa perlu bersusah-susah? Mengapa tidak diberikan secara tangan? Bukankah itu lebih senang?" kata Ryan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: