Saturday, November 21, 2009

Tetap dipenjara, denda naik RM1.9j - Nasib malang bekas Yang Dipertua MPK, rayuan ditolak, denda bertambah




KANGAR - Mahkamah Tinggi di sini semalam mengenakan denda RM1.925 juta dan mengekalkan hukuman penjara empat tahun terhadap bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Baharudin Ahmad (gambar), 51, selepas dia didapati bersalah atas empat pertuduhan rasuah membabitkan nilai wang RM385,000 dan set golf bernilai RM2,500 pada 1999.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zamani A. Rahim menjatuhi hukuman itu selepas membenarkan permohonan petisyen difailkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menggantikan hukuman terdahulu yang didapati bertentangan dengan peruntukan undang-undang.

Pada 29 November 2006 Mahkamah Sesyen Kangar menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan denda RM405,000 terhadap Baharudin selepas dia didapati bersalah menerima suapan bernilai RM387,500 termasuk nilai set golf.

Rasuah itu bertujuan melancarkan urusan menandatangani perjanjian usaha sama projek pembangunan perumahan bercampur antara MPK dan Sonati Development Sdn. Bhd. pada 1999.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: