PUTRAJAYA - Kraftangan Malaysia buat pertama kalinya memperkenalkan rekaan batik 1Malaysia yang bakal dijadikan pakaian acara rasmi serta majlis 1Malaysia.
Empat corak batik yang terdiri daripada masing-masing satu kemeja serta dua baju kurung dan dua kebaya dipertonton kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum beliau mempengerusikan mesyuarat Kabinet di pejabatnya di sini semalam.
Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim serta menteri-menteri Kabinet yang lain.
Perdana Menteri akan memilih satu daripada corak itu untuk dijadikan pakaian bagi acara rasmi.
Kalau dijadikan banner atau bunting memang sesuai.
ReplyDelete