Wednesday, November 4, 2009

Soi Lek masih Timbalan Presiden MCA




PUTRAJAYA - Datuk Seri Chua Soi Lek (gambar) masih Timbalan Presiden MCA, kata Pendaftar Pertubuhan (ROS), Datuk Md. Alias Kalil.

Ini kerana, katanya, tidak berlaku kekosongan jawatan itu memandangkan keputusan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA pada 10 Oktober lalu tidak memenuhi keperluan dua pertiga majoriti supaya beliau dilucutkan seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 35 Perlembagaan MCA.

"Surat itu yang dihantar kepada MCA semalam mengesahkan tidak berlaku kekosongan jawatan Timbalan Presiden MCA. Jawatan itu hanya boleh terlucut jika delegasi memberi majoriti dua pertiga untuk dilucutkan," katanya kepada Bernama semalam.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung adalah antara empat anggota jawatankuasa pusat MCA yang digugurkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: