Saturday, November 21, 2009

Shakira Boleh Menari Tarian “Belly” Sejak Lahir

Shakira beraksi semasa The MTV Europe Music Awards 2009 di The O2 Arena, Berlin pada 5 November 2009.

PENYANYI Shakira percaya beliau boleh menari tarian “belly” sejak lahir.

Shakira mendakwa tidak pernah berlatih untuk menari tarian tersebut.

Menurut sebuah portal luar negara, penyanyi lagu “She Wolf” yang popular kerana pandai membawa tarian itu tidak pernah mempelajari tarian itu secara formal.

“Ia merupakan perkara yang biasa buat saya.

“Saya dikurniakan dengan bakat ini sejak lahir.

“Pergerakan tarian ini memang ada dalam diri dan saya boleh menari bila-bila masa jika mahu,” jelas Shakira.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: