Saturday, November 21, 2009

48,171 pelajar rebut 6,600 tempat


PESAKIT kanser tulang, Izzi Amiruddin dikerumuni rakan-rakannya pada majlis anugerah cemerlang di Sekolah Kebangsaan Mat Kilau, Kuantan semalam atas kejayaan mendapat 4A 1B biarpun terpaksa belajar bersendirian.





KUALA LUMPUR - Jika kesemua 48,171 pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berharap dapat ke sekolah berasrama penuh (SBP) pada Januari depan, maka pastinya ramai yang kecewa.

Ini kerana kuota bagi 58 SBP di seluruh negara untuk pelajar baru hanya 6,600 orang, menjadikan purata 10 pelajar yang masing-masing mendapat 5A terpaksa bersaing merebut satu tempat.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zakarshi (gambar kecil) mengakui ramai pelajar pasti kecewa kerana jumlah tempat di SBP jauh daripada mencukupi.

"Kita tahu di luar sana ramai pelajar cemerlang tetapi itu sahaja tempat yang ada,'' katanya selepas majlis Pra Pelancaran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 di sini semalam.

Disebabkan tempat yang terhad, beliau menjelaskan, saringan memilih calon juga diperketatkan.

1 comment:

  1. Assalamualaikum..nak tanya kenapa xboleh nak loading gambar ye?

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: