RAJA Bollywood, Shah Rukh Khan menyambut harijadinya ke-44 semalam dan berkata beliau berasa seperti seseorang yang berumur 25 tahun jika bukan kerana kecederaan fizikalnya yang dialami pada tahun lalu.
Pelakon itu juga kini ingin membantu golongan pemuda yang kurang bernasib baik.
"Saya telah mencapai umur 40-an dan saya menerima hakikat itu dengan senang hati.
"Saya mungkin tampak lebih tua daripada usia sebenar saya tetapi ada juga menuduh saya menjalani pembedahan plastik pada muka saya.
"Apabila saya mendapat tidur yang cukup, saya kelihatan muda dan sebaliknya jika tidak cukup tidur," jelas Shah Rukh.
Shah Rukh menjalani pembedahan di bahu kanannya pada bulan Febuari dan terpaksa berundur dari dunia lakonan buat sementara waktu.
Tetapi Shah Rukh berjanji akan membuat apa yang patut apabila sembuh.
"Saya suka bekerja keras, tetapi selapas kecederaan itu, saya hanya dapat berlakon dalam filem ‘My Name is Khan’ pada tahun lepas," ujar pelakon yang menghabiskan masa di rumah bersama anak-anaknya, Aryan dan Suhana pada tahun ini.
Shah Rukh kini lebih bertenaga dan gembira. Beliau sudah kembali berlakon dan jadualnya padat untuk dua tahun berikutnya.
Selain kerja, Shah Rukh juga ingin membantu pemuda-pemudi yang berumur 16 dan 17 tahun di India.
”Saya tidak pasti sama ada saya akan menyertai mana-mana NGO. Tetapi saya mesti membuat sesuatu kepada masyarakat yang menyokong saya selama ini,” kata Shah Rukh.
Antara filem-filem lakonan Shah Rukh masih yang dalam proses penggambaran adalah ‘Happy New Year' dan 'Don 2'.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: