TOKYO - Identiti pelakon terkenal, Brad Pitt hampir tidak dapat dikenal pasti semasa dia tiba di sebuah lapangan terbang di Jepun pagi semalam.
Dia yang pernah berlakon dalam filem Mr and Mrs Smith memakai topi musim sejuk dan cermin mata hitam serta berjanggut sekali gus menyebabkan identitinya sukar dikenal pasti oleh ramai orang.
Pitt berjaya melepaskan diri daripada sekumpulan peminat yang sedang berkumpul di dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di Tokyo yang menunggu kedatangannya.
Ia merupakan penyamaran buat kali kedua dalam tempoh beberapa hari.
Pada Sabtu lalu, pelakon kacak itu turut menyamar semasa dia keluar bersama teman wanitanya Angelina Jolie dan anak-anak mereka di Los Angeles.
Ketika itu dia melakukan penyamaran dengan memakai pakaian seperti deejay terkenal, Lance Rock bagi mengelak identitinya diketahui oleh orang ramai.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: