Friday, November 6, 2009

Manohara dikenakan penghakiman ingkar


KERATAN Kosmo! 21 Julai lalu.


KUALA LUMPUR - Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Ismail Petra berjaya memperoleh penghakiman ingkar terhadap isterinya, Manohara Odelia Pinot berhubung kes saman RM105 juta berikutan kegagalan wanita itu melantik peguam baru di Mahkamah Tinggi di sini semalam.


MANOHARA


Timbalan Penolong Pendaftar, Shazali Hidayat Shariff ketika memutuskan perkara itu di kamarnya bagaimanapun tidak menentukan nilai sebenar jumlah ganti rugi yang diperoleh Tengku Muhammad Fakhry.

Menurut peguam Mohd. Haaziq Pillay selaku wakil Tengku Muhammad Fakhry, 31, mahkamah akan membuat taksiran jumlah ganti rugi tersebut bergantung kepada keadaan.


MUHAMMAD FAKHRY


Sehubungan itu, pihaknya akan memfailkan notis tuntutan taksiran ganti rugi pada minggu hadapan dan mahkamah akan menetapkan perbicaraan berhubung tuntutan tersebut.

Mohd. Haaziq memberitahu, pihaknya memfailkan penghakiman ingkar setelah Manohara, 17, dan ibunya, Daisy Fajarina gagal melantik peguam baru dalam tempoh yang diarahkan mahkamah sebelum ini.

Menurut beliau, sebelum ini plaintif memohon tuntutan saman ganti rugi sebanyak RM105 juta terhadap defendan namun jumlah itu mungkin berkurang atau lebih bergantung kepada taksiran mahkamah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: