Friday, November 6, 2009

Gelombang kedua H1N1


Tiong Lai


PUTRAJAYA - Pasukan pemantau selesema babi (H1N1) diwujudkan di setiap negeri bagi mencegah gelombang kedua wabak itu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, pasukan itu yang diterajui Bahagian Kawalan Penyakit akan memantau situasi setiap hari bagi mengesan jangkitan penyakit itu.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Hari Inovasi kementerian itu di sini semalam, Tiong Lai berkata, jumlah kes H1N1 pada masa kini berkurangan dengan ketara daripada 400 hingga 500 kes sehari kepada 20 hingga 30 kes.

"Pada hari biasa kami juga akan menggerakkan sistem pemantauan ini. Maka dengan ini kita akan tahu jumlah kes selesema dan batuk yang perlu diberi perhatian serius. Kita mempunyai banyak jenis selesema.

"Semua ini memerlukan pemantauan, data, pengawasan. Jadi kami akan memantau perkara ini dengan teliti," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Ting lai berkata, Hari Inovasi akan menjadi acara tahunan kementerian itu mulai tahun ini sejajar dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya aspek inovasi diberi penekanan dalam sektor awam.

Beliau juga berkata, warga kementerian yang terlibat dalam sebarang penyelidikan dan inovasi bukan sahaja diperlukan di makmal, agensi atau institusi tetapi juga akan menyumbang ke arah kemajuan global.

"Walaupun tidak semua hasil penyelidikan atau inovasi sesuai diguna pakai di dalam negara. Di sinilah berlakunya proses pemindahan teknologi dan proses kerjasama antara satu negara dengan negara yang lain," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: