Thursday, November 5, 2009

Makmal seksa arnab terbongkar


IMEJ rakaman menunjukkan sejumlah arnab disimpan dalam sebuah kotak kecil di Makmal Wickham di Hampshire.


WINCHESTER - Sebuah agensi pencinta haiwan di Britain berjaya membongkar kegiatan penyeksaan sejumlah arnab bagi tujuan penyelidikan ubat di Hampshire, lapor sebuah akhbar semalam.

Ia didedahkan oleh seorang petugas Kesatuan Pemansuhan Haiwan Ujian Makmal British yang menyamar dengan bekerja di Makmal Wickham di sini, 99 kilometer dari London.

Rakaman video secara sembunyi itu menunjukkan arnab tersebut diletakkan ke dalam beberapa kotak kecil semasa ujian makmal untuk rawatan kulit antikedutan dilakukan.

Pembongkaran itu mengejutkan Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri Britain yang memberitahu, pihaknya akan menyiasat kejadian tersebut.

Mamalia comel itu dipercayai telah disuntik ke bahagian telinga mereka dengan sejenis ubat yang dikenali sebagai Dysport, iaitu saingan terbaru kepada Botox.

Beberapa ekor tikus putih yang patah tulang turut ditemui selepas penguji dipercayai cuba membunuh haiwan itu dengan pen mata bulat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: